Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang telah kita maklum, daerah Batu Pahat adalah daerah yang paling terjejas dalam banjir Johor 2023. Seramai 35 ribu lebih penduduk telah dipindahkan dan masih ada lagi penduduk yang enggan berpindah.

Komuniti Ihsan telah melancarkan satu lagi program Flood Relief untuk bantu sebuah madrasah di Pt Yaani yang telah menghadapi banjir dan hampir keseluruhan bangunannya telah tenggelam. Kerosakan amat jelas kelihatan dengan perabot, kitab, peralatan dan kenderaan telah tenggelam. Lagi seminggu pelajar akan kembali namun madrasah telah mengalami kerosakan. Komuniti Ihsan dengan ini berhasrat membantu madrasah ini semampu yang mungkin. InsyaAllah bantuan anda amat dihargai dan menjadi pahala yang besar ertinya di sisi Allah.

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah)

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini