Dalam menyambut cahaya bulan Ramadhan yang semakin hampir, marilah kita berganding bahu memastikan anak-anak pelajar maahad dhuafa dapat makan dengan zat pemakanan yang cukup. Sebagai pusat pembelajaran yang merangkumi kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang keluarga, maahad menjadi pelabuhan bagi mereka yang menuntut ilmu tanpa mengira taraf ekonomi.

Di sebalik kilauan ilmu yang dipelajari, terselit satu realiti yang menyentuh hati. Pengasas Maahad dengan hati yang ikhlas membuka pintu tanpa mengenakan yuran pengajian, namun operasi Maahad bergantung kepada belas ihsan para dermawan.

Selalunya, dana yang terhad memaksa pengasas Maahad menguruskan perbelanjaan, malah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan. Di bulan yang mulia Ramadan, apabila pelajar cuba memaksimumkan ibadah dan pembelajaran, marilah kita bersama-sama menyahut seruan hati untuk memberikan bantuan makanan berkhasiat kepada mereka.

Di 10 hari terakhir bulan Sya'ban ini, sambil kita memperbanyakkan amal ibadah, mulai RM10 sumbangan akan dikutip untuk nantinya diagihkan dalam bentuk makanan siap masak lazat dan berkhasiat. Jom jadikan Ramadhan kali ini sebagai momentum untuk menggembirakan orang lain terutama mereka yang sangat memerlukan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal sumbangan dari anda dan orang baik lainnya sudah kami agihkan untuk implementasi fasa 1 untuk pelarian mangsa banjir di Karang Anyar, Demak, Jawa Tengah. Berkat daripada keredhaan Allah SWT, tim Asar Humanity berjaya menyediakan dan mendistribusikan 250 porsi makanan untuk mereka yang terjejas banjir di wilayah ini.
Kehadiran Tim Asar Humanity, disokong oleh sumbangan.com dan donasi publik lainnya, memberikan harapan dan kelegaan bagi warga yang kini tinggal di kem pelarian. Tak hanya sekedar memberikan makanan, namun juga memberikan dukungan moral dan semangat untuk bangkit dari cobaan yang mereka alami.

Selain itu, Tim KSATRIA Asar Humanity juga mendistribusikan bantuan pangan Iftar berupa juadah kuih dan nasi kebuli di Panti Remaja Bina Mandiri, Tapos. Penerima manfaat adalah anak-anak asuh dari Panti tersebut juga pengurusnya. Anak-anak menyantap makanan dengan sangat lahap dan mengucapkan banyak terima kasih. Barakallahu fiikum!

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini